PEMILIK BOT SEWA GTA DAN SEJARAH LATAR BELAKANG

PEMILIK GTA (GROUP TEKONG ASRUL)
ASRUL BOTSEWAGTA

                                             

       Terlebih dahulu saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada anda kerana sudi melayari halaman web pihak kami. Saya Asrul BotsewaGTA selaku pemilik rasmi botsewa Gta ini mengalu alukan kehadiraan daripada anda ke halaman web kami ini. Semua maklumat yang anda ingin ketahui saya rangkumkan di dalam halaman web kami ini. 

          Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri tanda persahabatan dan perkenalan daripada pihak kami. Asal kepada nama bot sewa GTA adalah daripada nama syarikat yang di tubuhkan oleh pemilik bot sewa GTA dimana GTA adalah bermaksud Group Tekong Asrul. Nama pemilik bot sewa ini adalah Asrul  yang berasal daripada sebuah perkampungan nelayan iaitu Kampun Pasir Pandak yang terletak lebih kurang beberapa kilometer daripada bandar Kuching Sarawak dimana di besarkan di dalam sebuah keluarga nelayan.  

         Asalnya membina empayar bot sewa GTA ini semenjak tahun 2009. Untuk makluman sahabat semua bot sewa gta ini adalah berasal daripada permulaan membeli bot kecil dimana mula operasi sepenuhnya membawa orang penyewa pergi memancing pada tahun 2009. Bayangkan berapa lama pengalaman kami di dalam membawa penyewa bot Sama ada membawa penyewa untuk pergi memancing ataupun membuat kerja kerja di laut sama ada kerja daripada pihak kerajaan, swasta mahupun syarikat pelancongan..

        Asalnya pemilik bot sewa GTA ini adalah seorang tekong bot memancing semenjak tahun 2009. Bermacam macam pengalaman dan cabaran yang dihadapi sepanjang perjuangan dari tahun 2009 sehinggalah sekarang. Pihak kami sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan kami kepada semua pelanggan bagi memastikan pihak pelanggan sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan kami supaya berbaloi dengan bayaran daripada pihak pelanggan. Pengalaman dari tahun 2009 sehinggalah sekarang banyak mengajar pihak kami bahawa semua wang yang di bayar pihak pelanggan akan kami pastikan berbaloi dan puas hati. Bukan senang nak ambil duit daripada orng bosskuu… heheehehe…. salam kenal dan salam persahabatan serta salam sehobi daripada saya….